Bahasa pengaturcaraan
Bahasa pengaturcaraan merupakan pendidikan paling teras dalam kejuruteraan komputer. Pelajar akan didedahkan dengan beberapa bahasa pengaturcaraan yang biasa diguna sekarang seperti C++, PHP, MySQL dan juga HTML. Bahasa pengaturcaraan ini penting kerana ianya akan memberi isyarat atau arahan kepada sistem mikropemproses tentang apa yang perlu dilakukan dalam sebuah alat peranti elektronik digital.[3]
Kebiasaannya, jurutera dalam bidang kejuruteraan komputer akan menyiapkan carta alir mengenai aturcara yang akan mereka buat. Carta alir ini mengandungi proses-proses yang akan dilakukan serta sedikit latar belakang mengenai bahasa aturcara yang akan mereka gunakan.
Struktur data
Struktur data digunakan untuk menyusun data-data di dalam sistem mikropemproses secara tersusun dan teratur. Ini akan memudahkan sistem mikropemproses memproses data-data dengan cekap dan efisyen. Struktur data yang baik ialah apabila sistem mikropemproses menggunakan sedikit sahaja memori untuk melaksanakan sesuatu proses yang telah diarahkan oleh bahasa pengaturcaraan.[4]
Reka bentuk perisian
Kebanyakkan peranti elektronik pada masa kini menggunakan konsep digital. Oleh itu, sesebuah perisian amat penting bagi peranti elektronik tersebut. Perisian bertindak sebagai perantaraan di antara pengguna dan peranti elektronik itu. Pengguna membuat pilihan melalui perisian tersebut dan perisian akan menghantar segala arahan yang sudah diterima ke sistem mikropemproses untuk melakukan tindakan selanjutnya.
Untuk membuat perisian, bahasa pengaturcaraan sangat diperlukan. Perisian yang baik ialah perisian yang mesra pengguna serta tidak menghantar banyak arahan kepada sistem mikropemproses untuk proses yang mudah.
Sistem rangkaian
-
Sistem rangkaian amat berguna bagi sesebuah organisasi yang mempunyai ramai pekerja dan memerlukan penggunaan atas talian untuk memberitahu pengumuman serta tugas-tugas kepada pekerja lain. Bagi mereka yang mengambil kejuruteraan komputer, mereka dikehendaki mempunyai pengetahuan meluas dalam menyediakan sistem rangkaian komputer-komputer supaya sistem rangkaian ini dapat berjalan dengan baik serta mempunyai kawalan keselamatan yang kukuh.
Peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan komputer semakin meluas memandangkan banyak syarikat pada masa kini mengaplikasikan konsep digital dalam peranti elektronik mereka. Syarikat-syarikat besar seperti Intel dan Western Digital kerap kali merekruit pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan komputer untuk diserapkan ke dalam syarikat mereka. Antara ciri-ciri syarikat yang memerlukan pekerja dalam bidang kejuruteraan komputer ialah:[5]
- Pembangunan produk elektronik
- Syarikat telekomunikasi
- Pembangun perisian komputer
Syarat-Syarat Kelayakan Memasuki ke Universiti yang Menawarkan Kursus Pengajian Kejuruteraan Komputer
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
Syarat Khas Program
Syarat Khas Program:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana mata pelajaran berikut:-
(i) Physics / Engineering Physics / Chemistry / Engineering Chemistry; dan
(ii) Mathematics
Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry / Engineering Chemistry pada peringkat Matrikulasi /Asasi perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Physics.
dan
Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.
Universiti yang Menawarkan Kursus Pengajian Kejuruteraan Komputer
Memenuhi Syarat Am Universiti
serta
Syarat Khas Program
serta
Syarat Khas Program
Syarat Khas Program:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana mata pelajaran berikut:-
(i) Physics / Engineering Physics / Chemistry / Engineering Chemistry; dan
(ii) Mathematics
Calon yang menggunakan kelayakan mata pelajaran Chemistry / Engineering Chemistry pada peringkat Matrikulasi /Asasi perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Physics.
dan
Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja amali.
Universiti yang Menawarkan Kursus Pengajian Kejuruteraan Komputer
No comments:
Post a Comment